Saturday 28 May 2011

seorang isteri dan ibu

GANJARAN PENGORBANAN ISTERI DAN IBU

*PAHALA WANITA MENGANDUNG

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

* PAHALA WANITA BERSALIN

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

* PAHALA MEMELIHARA ANAK

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

* GANJARAN MENOLONG SUAMI

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

* GANJARAN WANITA SOLEHAH

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

* GANJARAN MENTAATI SUAMI

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.

* KELEBIHAN SEORANG IBU

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


Allahu akbar, itu semua adalah ganjaran oleh Allah s.w.t. bagi mereka yang ikhlas melaksanakannya dengan hati yang terbuka. Sekiranya, seseorang isteri dan ibu itu tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang akan diterima kelak, sudah pasti tidak akan ada perbuatan membuang bayi, membunuh bayi dan sebagainya. Anak merupakan saham di alam akhirat kita kelak.


Para suami dan anak-anak, sedar dan fahamilah pengorbanan seorang isteri dan ibu dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Berilah penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Mereka ini tidak menuntut bayaran sesen pun dari suami bagi kerja-kerja yang dibuatnya, namun balasan Allah s.w.t. adalah ganjaran yang paling berharga.

Monday 23 May 2011

..........................



xpenh ag.. nangis depan org y bruu ptame x jumpe mukee smpaii cm gnii.. ble ingt jee...truss nkk nangiss... xpenh kena hentamm smpaii cm gnii...ya allah...xbole nk cakap.. xle nk sukee.. xle nkk senyumm pun ag.. nk kuo kan satuu patahh katee pun.. beratt sgtt2.. xbole dh...time kaseh... u r soo good..ya allah...rasee cmm sepruhh atii ilang.. napee smpaii cm gnii...napee....

Friday 20 May 2011

~ WANITA ~

  WANITA ITUU..

Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang 2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Halus
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

Prihatin
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.

Ego
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
 

Cinta
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus
.
 

Seks
SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya



WANITA JUGA :
 

  •  Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai untuk mendidik anak-anak. 
  •  Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak kekusutankekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah. dan
  •  Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungnya daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.
  • Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur..
  • Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yg pendek.
  •  Wanita mempunyai sifat yg suka 'menunjuk-nunjuk' akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian. Maka wanita yg soleh adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya ditonjolkan kepada suaminya sahaja.
  •  Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.



 WANITA DAN LELAKI

Segelintir wanita mengatakan bahawa susah betul jadi seorang wanita kerana :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.


3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidakakan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada ayahnya?

3. Wanita menerima warisan sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan,iaperlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika dia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita,iaitu : Isterinya , ibunya, anak perempuannya dansaudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya,anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu :solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepadaALLAH,maka dia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Berbahagialah wahai para muslimah. .. Tegakkan agama mu.. InsyaAllah, syurga akan menantimu.


bestt jugk


 




AishiTeru vs SarAngHae
~gomawoooo~ jjanggg!!!!

~ WArnA hiDup ~

AnDai ITu TakdIRnYA


Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."


 Andaii ituu takdirnya.. moga keredhaan bersama kuu 
3x bace.. 3x gk nangis.. mule bace nangis.. tgh2 nagiss.. akhir punn nagis... ceritee y mang btol2..sentuh hatii... sgt beshh... ade ke wanita sebegitu rupe enhh.. mang tabah giler...kuat... heeeeee... hmmmm...




                                                           CintA kau DAn AKu


Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!. Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta

 proceed to.. karya - DAMYA HANNA

                                                       SePI TAnpA CInTA



HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!

Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.


Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...


Ringkasan Cerita:

Percintaan terjalin selepas perkahwinan. Itulah tema dalam novel ini. Bermula dengan kahwin terpaksa antara Haziqah dan Fakhrul. Haziqah yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Yusri, tetapi pada hari perkawinannya, Yusri memutuskan untuk menarik diri. Bagi menutup malu, Haziqah dinikahkan dengan anak majikan ibunya, Fakhrul yang kebetulan sedang kecewa dalam percintaan.


Pada mulanya Fakhrul membenci Haziqah akibat terpengaruh dengan khabar angin yang mengatakan Haziqah sudah tidak suci lagi, dan dia yang terpaksa menjadi pak sanggup. Dia membiarkan Haziqah selama berbulan-bulan tinggal berasingan di kampung. Haziqah pasrah dengan sikap Fakhrul yang menghukum gantung tidak bertali. Haziqah tertekan dengan keadaanya. Dia difitnah, dan dia hampir hendak melarikan diri dari rumah ibunya, tetapi kedatangan kedua orang tua Fakhrul secara tidak sengaja telah membawa dirinya bersemuka dengan Fakhrul.


Di kampung, Melati yang memang dengki dengan Haziqah, merupakan anak Mak Senah, ibu tiri Haziqah. Bermakna Melati dan Haziqah adalah adik beradik tiri tanpa pengetahuan Haziqah. Sebenarnya Haziqah adalah anak Siti Sakinah, yang ditinggalkan oleh Siti Sakinah kepada Aminah (pengasuh dirumah Fakhrul). Aminah berkahwin dengan adik bapa Haziqah dan tidak mendapat anak, lalu menganggap Haziqah anak tunggal Hassan dan Aminah. Perkara ini tidak diketahui oleh Haziqah sehinggalah Melati menghantar surat layang kerumahnya.


Kebahagiaan Fakhrul mula berputik setelah mendapat nasihat dari kawannya Amirul. Amirul pula berkahwin dengan Radhiah yang bekerja sebagai doktor di kampung Haziqah. Manakala Azura pula kekasih lama Fakhrul, berkahwin dengan Izham, yang kebetulan bekerja dengan Tuan Fuad (bapa Fakhrul). Izham terjumpa dengan Haziqah di Putrajaya semasa Haziqah melarikan diri dari rumah Fakhrul. Izham yang menolong Haziqah pulang ke rumah Tuan Fuad dan kebetulan Tuan Fuad ada di rumah.


Fakhrul cemburu dan egois, terlalu memikirkan diri sendiri, tanpa memikirkan tekanan yang di alami Haziqah. Kehadiran Yusri menuntut semula cinta pada Haziqah dipandang serong oleh Fakhrul. Nyaris-nyaris Fakhrul meninggalkan Haziqah semula.


Peristiwa kebakaran dirumah Aminah, yang sengaja dilakukan Melati telah menyebabkan Haziqah terlantar di hospital dengan keadaan yang terluka. Dia meminta Fakhrul meninggalkan dirinya dan dia tidak mahu kembali ke pangkuan Fakhrul. Saat ini Fakhrul baru tersedar yang sebenarnya dia terlalu banyak membuat hati Haziqah terguris. Dia pergi dan meninggalkan Haziqah, sehinggalah setahun kemudian mereka dipertemukan secara tidak sengaja di pejabat Tuan Fuad dalam urusan perniagaan                                                          


                                                               BIcaRa HAti

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran
dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan
cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita
yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk
memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.
Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak
dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh
Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi
dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan
dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku
Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat
mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah
kisah yang dapat mengungkap segala rahsia... uhuhuhu..duluu.. time dpt novel nii.. smpaii bace 8x.. giler giler.. skg.. rinduu amt... huuhuhuuh...novell palingg beshhhh... antara cinta benci dendam kasih rindu dan air mata...

   


proceed To.. karya - ANIS AYUNI
                                                       
                                                        MAniS NYa CInTA

APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana? Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah! Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini? Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu? Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.
 novell nii...hmm.. first.. tgk time lam kelas.. cikgu y bace.. tgk cover depan.. waaaa.. cm comell jekk.. then.. when i got dis book.. mengujakan.. cinta puding karamel... vs volkswagen beetle.. btoll ke x aku eja niih.. hmmmmm... novell y cute2 manis jee... xd aimata.. simple love storyy.. kot...






                                                                  SUaRA HAtI

Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat kepu-tusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri. Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya. Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan... andai cinta pertama telah di-kecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua?hm... novell ni punn.. simplee love story.. buku pun nipiss jekk.. hmmm.. xd airmata.. cumee senyuumm sengihh jeekk.. huuuu... syg abg naim... hihihihkkkk...


Proceed to.. karya - AISYA SOFEA
                                                       SEhaNGat AsmARa



Sinopsis : SEHANGAT ASMARA Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya.... 


hmm... nii.. novell dalamm dunia peguam.. bercintaa.. kawenn timee masing masingg study.. beshhh.. siap.. duk kauhh dri family.. nuuunn.. tp.. pisah gk.. n jumpe blik.. time msg2.. da matang... bergelar ibu.. ayah.. n ade anak.. uhuhuhhu.. beshhh gkk,, anak pengikat blik kasihh n cintaa... syangg n rinduu... vaaahh vaaahhh didajiii....






proceed to..karya - BIKASH NUR IDRIS


                                                                  RIA QisTInA


Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.
Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?
Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'

 
Qistina menyentuh lembut wajahnya. Mata, hidung, bibir... semua ada! Lubang hidung pun ada. dia melihat wajah kacak itu tanpa berkelip.
'Yes, I'm waiting. boleh kenalkan diri awak?"
Qistina mendengus. Kalau ya pun tunggu aku memperkenalkan diri, tak payahlah tenung aku sampai nak terkeluar biji mata. Dia bingkas berdiri.
"Ria Qistina Umar." Lantan terus duduk tanpa menantikan arahan guru muda tersebut.
"Ria Qistina?"
Cikgu Zarif merenung wajah itu. Qistina diperhatikannya dari atas ke bawah. Dia mengangkat kening. Seolah-olah hairan.
Qistina masih tak lepas memandang wajah Cikgu Zarif. "Cikgu ada masalah dengan nama saya?"
Sememangnya ramai yang akan menayang muka pelik mendengar namanya. Tapi untuknya, ia tidak pelik kerana nama itu adalah pilihan orang tuanya. Nama yang cukup simbolik, dan lain dari yang lain.
"Ria Qistina? Nama yang unik, seunik orangnya."
Unik? Nampaknya aku bertemu lagi dengan Cikgu Liana dalam diri kau. Hai, kenapalah guru akaun sentiasa ada masalah dengan aku? Asyik tak ngam aje. Dulu, Cikgu Liana dah aku halau dengan seekor lipas, lelaki ini macam mana pulak aku nak buat? Qistina menggigit bibir.
  sgtt sukee same inii ceritaa.. waaa.. rinduu mau bacee lg.. hhuhukkk.. ...beshhh beshhh citerr nii.. sgt sukeeee....



finally... hilanggg gk boringg.. hhhrgggg..  nekk lenguuhhh lak... wuuuuuuuuuuuuuuuuu..... hmm... rindu la lakk kt novel niih... rinduu rinduuuuu..... nk kena khatamm blikk niihh.. hiyaaaaakkkk !!!!! klo duk men cm gnii.. mlm kangg punn xabiss...  duushhhhhhhh...................................... .....

Wednesday 18 May 2011

... iktibar...

 
 
.. Sama-sama kita ingat-mengingatkan..Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org ...tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.  Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.  Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).  Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.  Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.   Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kamitersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.  Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.  Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.  Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.  Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.  Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.  Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.  Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

Sunday 15 May 2011

~secebis doa~

 Ya ALLAH.. ampunilah dosa ku.. limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas… berikanlah aku kekuatan mental, kurniakanlah aku dengan sifat keredhan…. peliharalah lidahku dari kata-kata nista… kuatkanlah semangatku menempuhi segala dugaan Mu.. berikanlah aku sifat kasih sesama insan….

Ya ALLAH…Sekiranya suamiku adalah pilihan Mu di Arash... Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya suamiku adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu.. Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya suami ku  adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu, Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduh akan segala perintahnya. Sekiranya suami ku  adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu. Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya, Sekiranya suami ku jodoh yang dirahmati oleh Mu. Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala ragamnya.

Tetapi ya ALLAH…Sekiranya suamiku  ditakdirkan bukan untuk diriku seorang. Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku arungi segala dugaanMu. Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu. Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya, Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya. Sekiranya suamiku menyintai kesesatan, Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari keterlenaan.

Ya ALLAH…Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku, Engkau jugalah yang Maha Mengampuni segala kesalahan dan kekhilafanku. Sekiranya aku khilaf dalam sesuatu keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai, Sekiranya aku lalai dalam tanggung jawabku sebagai isteri, hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu, Sekiranya aku ingkar dan durhaka....

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMuYa ALLAH…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu, Aku buta tanpa bimbingan Mu, Aku cacat tanpa hidayah Mu,Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya ALLAH…Kuatkan hati dan semangatku, Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu, Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami, Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu, Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,

Ya ALLAH…Ku mohon dengan segala harapaku ,aku pasrahkan hanya kepadaMu, Kerana aku sedar.. aku ini adalah insan yang hina, dan insan lemah yang selalu keliru, terlena dengan keindahan duniaMu, Kerana kurang kesabaran ku menghadapi segala cobaaan Mu,
Ya ALLAH Ya Rabbi…….Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa dihati..Amin, Ya Rabbi A'alamiin…….
ِ

seuntaiii kata bt mu...

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku

Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau bisa mencintai aku apa adanya

Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan


Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana....

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

pernikahan @ perkahwinan

calon suami..
Pernikahan atau Perkawinan

Menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah

Pernikahan atau Perkawinan

Mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyid (pembimbing)nya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya

Pernikahan atau Perkawinan

Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa a.s
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
 
 calon isterii..
Pernikahan atau Perkawinan

Membuka tabir rahsia suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad, tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Isa atau Ayub atau pun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh solehah

Pernikahan atau Perkawinan

Mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu navigatornya
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya

Saat suami menjadi Raja, kamu nikmati anggur singgasananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah ubat penawarnya
Seandainya suami berkata yang lancang, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkawinan

Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah

Wednesday 11 May 2011

* frenSHiiiPpp*

"life without friendship is like the dawn without the sun
  life without friendship is like the sky without the moon"

 in yours darkest hours.. they still will care
 is a person..special indeed..who wil lift u up in ur time of need
who can olwes believe.. dat u wil tell dem de truth and their burdens relieve
who stands by urside..who treats u de best..who lights up ur day..
who sees what's inside.. a person who wil never reveal.. wil olweys be near..
                       friends.....


~ ade org..pilih sahabat dri cinta..tp.. ade org..pilih cinta dri shabat...
         ade org kate...cinta.. bole carii...hilang berganti.. tp.. sorg sahabat y sejati...belom tentu jumpe.. blom tentu berganti.. blom tentu dapt.. 
ade org.. ramai kawan.. xterhitung.. ctuu cni.. serata...tp.. ade ke y btol2 sejati.. y btol2 berglar teman... blom tentu ade...~wuuuuuu...

tooo my dearest fren.....

          u olweys be there to bring a smile on my face and make me laugh when blue sky turns grey..
          by share so much pain.. through happiness n joyness...
          may our friendship last 4ever..may we go through life 2gether..
          may there olweys be a "we"..may we share our special day..
          de happiness of one for two..and if we must go separate ways let my love remain with u..
our friendship...it will 4 ever stay precious.. having u by my side is de best thing i ever have..

~rinduu time skolah.. rinduu nk beratur pg2..kt tepi kelas..smbil2 intai org kelas depan.. sb nk melirik mate.. n bergossipp.. uhuhuhu...rindu nk bt puisii karangan novel sjak pantun time kelas biologii same2..pas pas smpaii cg jeling..( a.k.a... mengumpat versiii senyap lam buku tulis maupun textbooks)...hiihikk..rinduu nk bt eksperimen lam kelas gn korang.. n rosakkan sume barang makmal ble eksperimen xjd...n mule bt mende bkn2.. kacau2.. bt kueh..n bt eksperimen sendirii..rinduu nk susut2 sume alatan makmal y pecah sb ter over excited..hhehe.. pastuu bt2 sibok time cg jumpe..org len skali bt.. kite 3 kali bt..rinduu nk ber auuummmmm caakkkkk time kelas KH..nusut bwh meja time cg.peah ngajar smbil mkn2 y berbagaiii y di eksport masukk...gelak2 smpai terhantukk kpale kt meja... rinduu nk mengumpat bagai time cg ngah mengajor kt depan.. sb xpahammm sebutir habut punn..nk2.. time lam mkmal kimia..cuci2 mate tgk larutan y berbagai kaler..rinduu nk potong kuku time kelas sejarah.. smpai mngantok bagai..bkn sb dgr cg bebel.. tp.. sb tlu enak ble kuku dipotong n dirias korang... ohohhoo..rindu korang sgt2... n rindu skolah amat amattttt.....~

"bukan senang mencipta pertemuan..bukan senang untuk melahirkan rase sayang..dan bukan senang untuk mencari sebuah persahabatan y bermakna"