Sunday 15 May 2011

~secebis doa~

 Ya ALLAH.. ampunilah dosa ku.. limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas… berikanlah aku kekuatan mental, kurniakanlah aku dengan sifat keredhan…. peliharalah lidahku dari kata-kata nista… kuatkanlah semangatku menempuhi segala dugaan Mu.. berikanlah aku sifat kasih sesama insan….

Ya ALLAH…Sekiranya suamiku adalah pilihan Mu di Arash... Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya suamiku adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu.. Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya suami ku  adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu, Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduh akan segala perintahnya. Sekiranya suami ku  adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu. Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya, Sekiranya suami ku jodoh yang dirahmati oleh Mu. Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala ragamnya.

Tetapi ya ALLAH…Sekiranya suamiku  ditakdirkan bukan untuk diriku seorang. Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku arungi segala dugaanMu. Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu. Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya, Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya. Sekiranya suamiku menyintai kesesatan, Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari keterlenaan.

Ya ALLAH…Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku, Engkau jugalah yang Maha Mengampuni segala kesalahan dan kekhilafanku. Sekiranya aku khilaf dalam sesuatu keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai, Sekiranya aku lalai dalam tanggung jawabku sebagai isteri, hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu, Sekiranya aku ingkar dan durhaka....

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMuYa ALLAH…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu, Aku buta tanpa bimbingan Mu, Aku cacat tanpa hidayah Mu,Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya ALLAH…Kuatkan hati dan semangatku, Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu, Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami, Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu, Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,

Ya ALLAH…Ku mohon dengan segala harapaku ,aku pasrahkan hanya kepadaMu, Kerana aku sedar.. aku ini adalah insan yang hina, dan insan lemah yang selalu keliru, terlena dengan keindahan duniaMu, Kerana kurang kesabaran ku menghadapi segala cobaaan Mu,
Ya ALLAH Ya Rabbi…….Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa dihati..Amin, Ya Rabbi A'alamiin…….
ِ

No comments:

Post a Comment