Friday 20 May 2011

~ WANITA ~

  WANITA ITUU..

Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang 2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Halus
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

Prihatin
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.

Ego
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
 

Cinta
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus
.
 

Seks
SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya



WANITA JUGA :
 

  •  Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai untuk mendidik anak-anak. 
  •  Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak kekusutankekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah. dan
  •  Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungnya daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.
  • Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur..
  • Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yg pendek.
  •  Wanita mempunyai sifat yg suka 'menunjuk-nunjuk' akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian. Maka wanita yg soleh adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya ditonjolkan kepada suaminya sahaja.
  •  Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.



 WANITA DAN LELAKI

Segelintir wanita mengatakan bahawa susah betul jadi seorang wanita kerana :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.


3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidakakan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada ayahnya?

3. Wanita menerima warisan sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan,iaperlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika dia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita,iaitu : Isterinya , ibunya, anak perempuannya dansaudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya,anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu :solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepadaALLAH,maka dia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Berbahagialah wahai para muslimah. .. Tegakkan agama mu.. InsyaAllah, syurga akan menantimu.


No comments:

Post a Comment